Thursday, October 23, 2008

Kisah "Benda" Ghaib

Hai kekawan...

Bertemu lagi kita di blog aku yang x seberapa nih.. ok. Kali ni aku nak cerita tentang sesuatu yang mistik (aku tak tau lah sama ada korang tau ataupun tak definisi nya). Ok... Macam ni ceritanya.. Pada suatu hari, ketika parents ku pergi berjumpa dengan seorang bomoh(dukun) yang juga merupakan anak sedara Bapak aku untuk mengadukan tetang beberapa penyakit misteri yang di hidapi olehnya, Dukun itu cakap ada penunggu A.K.A setan! yang melindungi mereka berdua sejak dulu lagi..

Mula-mula aku malas nak percaya sebab aku bab-bab mengarut ni memang susah nak percaya. Apa yang aku pelik ngan dukun sorang ni ialah dia menetapkan syarat-syarat yang mengarut supaya di tunaikan oleh pesakitnya. Aku bagi contoh; dukun tu nak mak kau tido kat Alor Gajah di bawah kelambu emas dan tak boleh balik rumah walaupun sehari. Kononnya, ketika mak kau tidor dia akan merawat dalam mimpi. Tetapi korang nak tau tak berapa lama mak kau kena lepak sana?? 3 bulan beb!!!!!.. Lu fikirlah sendiri.. Mengarut tak??

Bagi yang dah berumah tangga, perkara ni memang menjadi satu beban sebab dalam perkara ni korang boleh fikir siapa yang nak handle dan take over tentang rumah kalau seorang ibu takder kat rumah? Siapa yang nak pergi beli barang-barang dapur? Siapa yang nak masak? Siapa yang bersihkan rumah? Kalau nak harapkan maid, tunggu di suruh baru nak bergerak.

Last-last, aku pun cakap ngan mak aku supaya try semiggu dulu. Dia pun bersetuju. Tapi dalam hati aku memang meyumpah seranah dukun tu sebab syarat dia macam sial!! (maaf atas kekasaran bahasa aku).

Ok. Itu jer yang aku nak cerita pada entry kali ni. Wasalam.

Friday, October 10, 2008

Kisah Kucing ku Kimmy

Hai,

Bertemu lagi kita di blog aku yang x seberapa nih.. Haa.. Kali ni aku nak cerita pasal kucing kesayangan aku. Asal nama kucing ku datang dari idea sorang member aku yang hensem. Idea asal dia nak bagi nama "Kimak" ataupun dengan nama pendek "Kim". Tetapi aku pun memutuskan nak menukarkan namanya kepada "KimmY". Ok sekarang ni aku nak cerita aktiviti aku petang tadi.
Petang tadi aku pergi hantar kucing aku pergi Klinik untuk berjumpa doktor kesayangannya bagi mendapatkan suntikan vaksin dan suntikan anti-biotic kerana aku mendapati bahawa telinganya sudahpun mulai berkurap. Setibanya aku di klinik tuh, aku dapati Kimmy begitu hyper-active sehinggakan nak berguling-guling kat dalam klinik tuh. Sementara aku menunggu giliranku untuk temujanji dengan doktor, aku cuba untuk "terjah" kebelakang klinik tuh. Tetiba aku dapati ada seekor kucing tuh ditogelkan bulunya. Kesian aku tengok kucing tuh. Rasa nak menangis lak aku. Ceh!! macam sial. Tetiba doktor tuh panggil aku untuk bawa Kimmy masuk dalam bilik pembedahan binatang. Aku pun pesan kat Kimmy "jangan nakal-nakal dengan doktor tau. Doktor tu cantik tau." Lalu Kimmy pun menganggukkan kepalanya. Aku pun rasa lega. Apa yang aku terkejut ialah bila doktor tu nak suntik dia, tetiba dia melompat dan gigit tangan doktor tuh. Aku pun cakap "Kimmy, kalau nakal macam nih tak nak bagi makan sedap-sedap lagi lah". Tetiba muka dia berubah dah bertindak dengan sopan dan bersedia untuk menahan sakit di suntik oleh doktor.

Berikut adalah dos suntikan yang di terima oleh Kimmy:

1) Suntikan Anti-biotic.
2) Suntikan vaksin untuk 3 bulan sekali.
3) Ubat cacing sebab najis dia ada cacing.
4) Ubat untuk bulu dia supaya tak gatal.
5) Ubat untuk telinga dia sebab telinga dia banyak kerak.

*Minta maaf sebab aku tak tau apa vaterinar term untuk dos yang di berikan. Sekian.

Thursday, October 9, 2008

Kisah Cina Boncit

Hai,

Pada kali ni aku nak cerita pasal sorang member aku yang hensem. Ada satu hari tuh, aku tak ingat tarikhnya, ada sorang member aku dia nak pergi interbiu di salah satu bank yang terkemuka di Malaysia. Aku pun dah lupa apa nama bank tuh.. Mungkin di sebabkan umur aku yang semakin meningkat ni kan.

Ok, ni baru nak mula cerita ni. Pada suatu hari, aku balik ke kampung untuk jumpa atuk kesayangan aku. Di hari berikutnya, aku pun bercadang unutk pulang ke rumah, dengan secara tiba-tiba aku mendapat mesej dari seorang member aku; "Dol, ko kat ner?". Lepas tu aku pun jawablah,"aku kat kluang ni. ada apa?". Lalu jejaka tu pun membalas, "weh, esok gua ada interbiu kat K.L doh". Lepas tu aku pun ajak lah dia balik K.L sesama dengan aku tapi dengan syarat dia kena pergi kluang dulu lepas tu baru gerak sesama pergi K.L. Dengan secara lincahnya, aku pun bergerak untuk menunggu jejaka tampan ni kat Terminal Menunggu Bas Kluang. Tak lama lepas tu, dia pun sampai. Aku bersalaman dengan jejaka tu. Dia pun tersenyum lebar.
Aku pun ajak lah dia naik kereta aku. Aku pun bergerak lah ke Plaza Tol Air Hitam. Setibanya aku di sana, aku pun bertanya kepada kawan aku ni, "eh, gua dah mula ngantuk ni. Boleh tak lu drive sampai K.L?". Dengan yakin, dia berkata "gua tak pandai bawak keretalah Pulut". Dengan secara tiba-tiba otak aku menjadi buntu untuk seketika. Lalu aku pun pandu kereta buruk aku tuh sehinggalah sampai ke destinasi yang di tuju sambil saling memaki antara satu sama lain.

Sebagai pengajaran:

1) Kepada mereka merasakan diri mereka sudah tua tu, cepat-cepatlah belajar memandu kereta dan menduduki ujian bagi mendapatkan lesen memandu.
2) Ubat untuk menhilang kan ngantuk ialah; sekiranya kamu memandu bersama teman wanita ataupun kawan anda ialah dengan memaki mereka sehingga mereka tertidur! Ini kerana, hal ini telah terbukti dengan hasil pemakian aku terhadap Cina Boncit memang menghilangkan ngantuk! Percayalah!

*kepada sesiapa yang terasa jangan lah ambil hati kerana aku tetap menyangi mu!!

Kenalan aku di Spain.





Hai,

Kali ni aku nak story pasal aku punya pengalaman masa kat Barcelona, Spain. Pada suatu hari, aku tak ingat tarikh nya.. Kapal aku di jadualkan unutk Loading kat Barcelona, Spain. Lalu aku pun berkata pada captain Ukraine aku, "Captain, can i go for dental treatment? Because my teeth feel very pain though." Tanpa berlengah, si tua tu pun berkata," You can go for your dental treatment with one condition." Lalu aku pun bertanya dengan penuh sopan, "What is that so important,captain?". Lalu si tua tu pun berkata, "Can you buy for me a carton of Vodka?". Tanpa memikir soal dosa besar dan neraka, aku pun berkata "Can...". Lalu captain aku pun bagi approval untuk pergi check gigi aku. Aku dah sakit sangat time tuh. Selang beberapa jam, seorang ejen tempatan membawa aku ke klinik gigi yang terletak berhampiran dengan pelabuhan di mana aku "parking" kan kapal aku. Setibanya aku di klinik tuh, aku rasa macam orang asli lak sebab yang datang klinik tuh semua putih-putih belaka. Kulit aku yang paling gelap sekali!. Setengah jam kemudian aku terdengar namaku di panggil dengan lantang dan dalam "sleng" Sepanyol. Lalu aku pun masuk ke dalam bilik dimana gigi pesakit di periksa. Aku pun duduk dan berbaring di atas kerusi yang di sediakan oleh doktor.
Apa yang aku menyirap ialah, doktor tuh tak tau cakap Inggeris. Menyirap tul aku. Nasib baik seorang pembantu dia masuk dan terjemahkan bahasa Sepanyol kat aku. Punyalah sopan pembantu dia tuh. Nama dia Patricia. Lalu gigi aku di kerjakan oleh doktor tuh. Dia tarik kepala aku pergi dada dia yang lembut tuh! Nak lemas aku di buatnya!!!.. *(korang faham-faham jerlah yer).
Sebelum aku balik dan berjalan-jalan kat town Barcelona, kebetulan masa tuh Patricia pun dah habis kerja. Tanpa segan silu, dia pun mengajak aku untuk makan tengah hari dengan dia. Aku pun "on" jer lah. Lepas kitaorang makan, dia pun ajak aku jalan-jalan kat town Barcelona tuh.
Dia cakap hobi dia berenang, secara kebetulan lak tuh (asyik kebetulan jer) dia nak pergi berenang dan dia ajak aku pergi sekali kat apartment dia. Lalu aku pun tengok jam tangan aku. Aku masih ada 1 jam setengah. Aku pun cakap "on" dengan dia. Kitaorang pun berenang sesama kat dalam kolam yang tak seberapa nak besar tuh. Selepas tuh aku pun cakap kat dia, "Pat, I have to go now because my ship is about to sail". Dia pun senyum dan bagi aku dan bagi aku souvenir.

Aku dah nak naik kerja.

Setelah sekian lama aku bercuti, tetiba aku mendapat satu panggilan yang meyuruh aku supaya "stand-by" untuk naik kapal. Dengan nada terkejut aku cuba menafikan bahawa cuti ku masih belum habis lagi. Tetiba Manager aku cakap, "Iskandar, cuti awak dah habislah. Cuti awak cuma 72hari jer". Lalu tanpa banyak soal aku pun cakap dengan dia "Encik Ishak, macam nilah saya dah bersedia. Anytime jer saya bersedia naik kapal". Tanpa banyak befikir aku pun menyiapkan semua baju-baju dan barang yang patut dia bawa untuk kerja.
Tetiba aku merasakan yang baju kemeja aku dah hilang. Pada keesokan harinya, aku pun mengajak Bob untuk pergi membeli-belah di Sunway Piramid. Sedang aku sibuk berjalan, aku terpandang buti Padini Concept. Lalu aku singgah untuk meng"usha" baju-baju di dalam butik tu. Tetiba aku berminat sangat dengan satu baju kemeja berwarna kelabu. Aku tanya pada jurujual tu, "Bang, baju ni ada "offer" tak?". Dapat ku li hat dari mimik muka jurujual tu macam taknak layan aku. Terhina betul aku rasa. Lalu aku menyumpah dalam hati "Kimak tul lah salesman nih, dah lah buruk kerek lak tuh!". Tanpa berfikir panjang aku pun mencuba baju tu dan terus membelinya. Nasib baik cashier tu baik.

Antara barang-barang yang aku beli ialah:
1) Baju kemeja Padini (warna kelabu)
2) Baju kemeja lengan pendek ( warna biru petak-petak)
3) Seluar kemeja (hitam)
4) Kasut kulit hitam *BATA

Kesimpulannya, aku sagat berpuas hati dengan borongan baju-baju aku tuh. hehehe..