Thursday, October 9, 2008

Aku dah nak naik kerja.

Setelah sekian lama aku bercuti, tetiba aku mendapat satu panggilan yang meyuruh aku supaya "stand-by" untuk naik kapal. Dengan nada terkejut aku cuba menafikan bahawa cuti ku masih belum habis lagi. Tetiba Manager aku cakap, "Iskandar, cuti awak dah habislah. Cuti awak cuma 72hari jer". Lalu tanpa banyak soal aku pun cakap dengan dia "Encik Ishak, macam nilah saya dah bersedia. Anytime jer saya bersedia naik kapal". Tanpa banyak befikir aku pun menyiapkan semua baju-baju dan barang yang patut dia bawa untuk kerja.
Tetiba aku merasakan yang baju kemeja aku dah hilang. Pada keesokan harinya, aku pun mengajak Bob untuk pergi membeli-belah di Sunway Piramid. Sedang aku sibuk berjalan, aku terpandang buti Padini Concept. Lalu aku singgah untuk meng"usha" baju-baju di dalam butik tu. Tetiba aku berminat sangat dengan satu baju kemeja berwarna kelabu. Aku tanya pada jurujual tu, "Bang, baju ni ada "offer" tak?". Dapat ku li hat dari mimik muka jurujual tu macam taknak layan aku. Terhina betul aku rasa. Lalu aku menyumpah dalam hati "Kimak tul lah salesman nih, dah lah buruk kerek lak tuh!". Tanpa berfikir panjang aku pun mencuba baju tu dan terus membelinya. Nasib baik cashier tu baik.

Antara barang-barang yang aku beli ialah:
1) Baju kemeja Padini (warna kelabu)
2) Baju kemeja lengan pendek ( warna biru petak-petak)
3) Seluar kemeja (hitam)
4) Kasut kulit hitam *BATA

Kesimpulannya, aku sagat berpuas hati dengan borongan baju-baju aku tuh. hehehe..

1 comment:

The Story Teller said...

KASUT *bata HITAM tu yg sempoi..tp pkai 23hari je dah bleh buang laut..yeke??haha