Thursday, October 9, 2008

Kenalan aku di Spain.





Hai,

Kali ni aku nak story pasal aku punya pengalaman masa kat Barcelona, Spain. Pada suatu hari, aku tak ingat tarikh nya.. Kapal aku di jadualkan unutk Loading kat Barcelona, Spain. Lalu aku pun berkata pada captain Ukraine aku, "Captain, can i go for dental treatment? Because my teeth feel very pain though." Tanpa berlengah, si tua tu pun berkata," You can go for your dental treatment with one condition." Lalu aku pun bertanya dengan penuh sopan, "What is that so important,captain?". Lalu si tua tu pun berkata, "Can you buy for me a carton of Vodka?". Tanpa memikir soal dosa besar dan neraka, aku pun berkata "Can...". Lalu captain aku pun bagi approval untuk pergi check gigi aku. Aku dah sakit sangat time tuh. Selang beberapa jam, seorang ejen tempatan membawa aku ke klinik gigi yang terletak berhampiran dengan pelabuhan di mana aku "parking" kan kapal aku. Setibanya aku di klinik tuh, aku rasa macam orang asli lak sebab yang datang klinik tuh semua putih-putih belaka. Kulit aku yang paling gelap sekali!. Setengah jam kemudian aku terdengar namaku di panggil dengan lantang dan dalam "sleng" Sepanyol. Lalu aku pun masuk ke dalam bilik dimana gigi pesakit di periksa. Aku pun duduk dan berbaring di atas kerusi yang di sediakan oleh doktor.
Apa yang aku menyirap ialah, doktor tuh tak tau cakap Inggeris. Menyirap tul aku. Nasib baik seorang pembantu dia masuk dan terjemahkan bahasa Sepanyol kat aku. Punyalah sopan pembantu dia tuh. Nama dia Patricia. Lalu gigi aku di kerjakan oleh doktor tuh. Dia tarik kepala aku pergi dada dia yang lembut tuh! Nak lemas aku di buatnya!!!.. *(korang faham-faham jerlah yer).
Sebelum aku balik dan berjalan-jalan kat town Barcelona, kebetulan masa tuh Patricia pun dah habis kerja. Tanpa segan silu, dia pun mengajak aku untuk makan tengah hari dengan dia. Aku pun "on" jer lah. Lepas kitaorang makan, dia pun ajak aku jalan-jalan kat town Barcelona tuh.
Dia cakap hobi dia berenang, secara kebetulan lak tuh (asyik kebetulan jer) dia nak pergi berenang dan dia ajak aku pergi sekali kat apartment dia. Lalu aku pun tengok jam tangan aku. Aku masih ada 1 jam setengah. Aku pun cakap "on" dengan dia. Kitaorang pun berenang sesama kat dalam kolam yang tak seberapa nak besar tuh. Selepas tuh aku pun cakap kat dia, "Pat, I have to go now because my ship is about to sail". Dia pun senyum dan bagi aku dan bagi aku souvenir.

No comments: