Friday, October 10, 2008

Kisah Kucing ku Kimmy

Hai,

Bertemu lagi kita di blog aku yang x seberapa nih.. Haa.. Kali ni aku nak cerita pasal kucing kesayangan aku. Asal nama kucing ku datang dari idea sorang member aku yang hensem. Idea asal dia nak bagi nama "Kimak" ataupun dengan nama pendek "Kim". Tetapi aku pun memutuskan nak menukarkan namanya kepada "KimmY". Ok sekarang ni aku nak cerita aktiviti aku petang tadi.
Petang tadi aku pergi hantar kucing aku pergi Klinik untuk berjumpa doktor kesayangannya bagi mendapatkan suntikan vaksin dan suntikan anti-biotic kerana aku mendapati bahawa telinganya sudahpun mulai berkurap. Setibanya aku di klinik tuh, aku dapati Kimmy begitu hyper-active sehinggakan nak berguling-guling kat dalam klinik tuh. Sementara aku menunggu giliranku untuk temujanji dengan doktor, aku cuba untuk "terjah" kebelakang klinik tuh. Tetiba aku dapati ada seekor kucing tuh ditogelkan bulunya. Kesian aku tengok kucing tuh. Rasa nak menangis lak aku. Ceh!! macam sial. Tetiba doktor tuh panggil aku untuk bawa Kimmy masuk dalam bilik pembedahan binatang. Aku pun pesan kat Kimmy "jangan nakal-nakal dengan doktor tau. Doktor tu cantik tau." Lalu Kimmy pun menganggukkan kepalanya. Aku pun rasa lega. Apa yang aku terkejut ialah bila doktor tu nak suntik dia, tetiba dia melompat dan gigit tangan doktor tuh. Aku pun cakap "Kimmy, kalau nakal macam nih tak nak bagi makan sedap-sedap lagi lah". Tetiba muka dia berubah dah bertindak dengan sopan dan bersedia untuk menahan sakit di suntik oleh doktor.

Berikut adalah dos suntikan yang di terima oleh Kimmy:

1) Suntikan Anti-biotic.
2) Suntikan vaksin untuk 3 bulan sekali.
3) Ubat cacing sebab najis dia ada cacing.
4) Ubat untuk bulu dia supaya tak gatal.
5) Ubat untuk telinga dia sebab telinga dia banyak kerak.

*Minta maaf sebab aku tak tau apa vaterinar term untuk dos yang di berikan. Sekian.

No comments: